Wednesday, November 28, 2012

SALAM PENGENALAN DARI 7SEAS FIRE RESOURCES

Salam Perkenalan kepada semua,


Mari sama-sama kita awali dahulu blog ini dengan lafaz  

Profail Syarikat
Nama Syarikat                                 : SEVEN SEAS FIRE RESOURCES
Alamat Berdaftar Syarikat             : No. 46, Jalan 15/5B, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru    
                                                            Bangi, Selangor
Alamat Operasi Syarikat                 : No G26 & G27, Bazar Banting, 42700 Banting, Selangor
Pengurus                                          : Hamizi Mohd Taib (013-2269 616)
Penolong Pengurus                         : Sharmizie Omar (013-3345 933)
E-mel                                                 : 7seasfire@gmail.com
No. Pendaftaran Perniagaan          : 002174977-K
Jenis Perniagaan                              : Penternakan, Pertanian, Pengedar Makanan Sejuk Beku,      
                                                             Pengusaha Gerai Makanan, Pengedar Barangan IKS/Hasil    
                                                             Tani
Tarikh Daftar Perniagaan               : 14 November 2012

Latar Belakang Syarikat
Seven Seas Fire Resources (7SF) merupakan sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti-aktiviti pemasaran ayam kampung dan produk hiliran ayam kampung. Kami menyediakan perkhidmatan membekal dan menghantar hasil ternak ayam kampung ke pasaran tempatan.

Lokasi perniagaan
                7SF menjalankan operasi syarikat di Bazar Banting, di dalam Daerah Kuala Langat. Ianya amat strategik bagi syarikat menjalankan operasinya di situ kerana pada ketika ini, sasaran syarikat adalah untuk memasarkan hasil ternak ayam kampung di dalam daerah Kuala Langat ke pasaran tempatan.

PENGENALAN PERNIAGAAN


1)     PENGENALAN PERNIAGAAN
Sektor penternakan merupakan salah satu daripada cabang-cabang pertanian selain tanaman makanan asas, buah-buahan, perikanan dan juga akuakultur. Semua cabang dalam tersenarai dalam bidang pertanian ini secara umumnya banyak menyumbang kepada asas pembentukan ekonomi Malaysia di dalam era selepas merdeka dengan peningkatan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.
Perubahan drastik kerajaan kearah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara pengeluar makanan halal utama di dunia serta pelaksanaan terhadap jaminan sekuriti makanan dalam negara, menggalakkan lebih pengeluar makanan dalam negara yang berasaskan ternakan memaksimumkan pengeluaran mereka.
Secara umumnya, penternakan ayam kampung telah lama dijalankan oleh masyarakat diluar bandar. Hasil utama penternakan ini adalah daging ayam kampung manakala pengeluaran telur ayam kampung adalah hasil sampingan penternakan ayam kampung ini.
Dewasa ini, kesedaran masyarakat terhadap tabiat pemakanan yang baik dan sihat semakin meningkat. Kesedaran ini secara langsung merubah indsutri penternakan ayam kampung. Ia bukan lagi sekadar diternak secara kecil-kecilan tetapi kini dikomersialkan secara besar-besaran. Menurut kajian, daging ayam kampung mengandungi paras lemak dan kolestrol yang rendah tetapi mengandungi zat dan protein yang amat tinggi. Justeru itu, permintaan terhadap daging ayam kampung meningkat dengan begitu mendadak dan seterusnya melahirkan ramai penternak-penternak ayam kampung di seluruh negara.
Syarikat Seven Seas Fire Resources adalah sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti-aktiviti pemasaran daging ayam kampung dan produk-produk hiliran ayam kampung yang di keluarkan oleh penternak-penternak di luar bandar ke seluruh negara. Syarikat Seven Seas Fire Resources berazam untuk membantu penternak-penternak ayam kampung yang ada disekitar daerah Kuala Langat memasarkan hasil ternakan mereka ke luar. 


1)      VISI, MISI & OBJEKTIF PERNIAGAAN
Syarikat Seven Seas Fire Resources bermatlamat menjadi sebuah syarikat yang dipercayai oleh penternak-penternak di luar bandar untuk memasarkan hasil ternak mereka ke seluruh negara. Ianya sekaligus membantu penternak-penternak berkembang dan  mampu memajukan lagi ladang ternakan mereka. Syarikat kami telah menggariskan satu VISI, MISI  OBJEKTIF seperti berikut:

VISI
 “MEMBANGUN bersama-sama IKS DESA”
Ianya adalah impian syarikat Seven Seas Fire Resources untuk membangunkan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di desa-desa ke tahap yang lebih tinggi dengan membantu memasarkan hasil produk mereka. Pada ketika ini, fokus utama syarikat adalah pemasaran ayam kampung hidup / proses dan produk hiliran ayam kampung.

MISI
-          Membangunkan masyarakat luar bandar melalui bidang penternakan.
-         Meluaskan jaringan pemasaran hasil ternak ayam kampung dan produk hiliran   
      ayam kampung.
-         Menyediakan kemudahan-kemudahan untuk memasarkan ayam kampung dan 
      produk hiliran ayam kampung.

OBJEKTIF SYARIKAT
-      Menawarkan perkhidmatan untuk memasarkan hasil ternak ayam kampung dan produk hiliran ayam kampung ke seluruh negara.
-    Membantu membina jaringan di kalangan penternak-penternak ayam kampung di seluruh negara.