Sektor penternakan merupakan salah satu daripada
cabang-cabang pertanian selain tanaman makanan asas, buah-buahan, perikanan dan
juga akuakultur. Semua cabang dalam tersenarai dalam bidang pertanian ini
secara umumnya banyak menyumbang kepada asas pembentukan ekonomi Malaysia di
dalam era selepas merdeka dengan peningkatan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) negara.
Perubahan drastik kerajaan kearah menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara pengeluar makanan halal utama di dunia serta pelaksanaan
terhadap jaminan sekuriti makanan dalam negara, menggalakkan lebih pengeluar makanan
dalam negara yang berasaskan ternakan memaksimumkan pengeluaran mereka.
Secara umumnya, penternakan ayam kampung telah lama
dijalankan oleh masyarakat diluar bandar. Hasil utama penternakan ini adalah
daging ayam kampung manakala pengeluaran telur ayam kampung adalah hasil
sampingan penternakan ayam kampung ini.
Dewasa ini, kesedaran masyarakat terhadap tabiat pemakanan
yang baik dan sihat semakin meningkat. Kesedaran ini secara langsung merubah
indsutri penternakan ayam kampung. Ia bukan lagi sekadar diternak secara
kecil-kecilan tetapi kini dikomersialkan secara besar-besaran. Menurut kajian,
daging ayam kampung mengandungi paras lemak dan kolestrol yang rendah tetapi
mengandungi zat dan protein yang amat tinggi. Justeru itu, permintaan terhadap
daging ayam kampung meningkat dengan begitu mendadak dan seterusnya melahirkan
ramai penternak-penternak ayam kampung di seluruh negara.
Syarikat Seven Seas Fire Resources adalah sebuah syarikat
yang menjalankan aktiviti-aktiviti pemasaran daging ayam kampung dan
produk-produk hiliran ayam kampung yang di keluarkan oleh penternak-penternak
di luar bandar ke seluruh negara. Syarikat Seven Seas Fire Resources berazam
untuk membantu penternak-penternak ayam kampung yang ada disekitar daerah Kuala
Langat memasarkan hasil ternakan mereka ke luar.
1) VISI, MISI &
OBJEKTIF PERNIAGAAN
Syarikat Seven Seas Fire Resources bermatlamat menjadi
sebuah syarikat yang dipercayai oleh penternak-penternak di luar bandar untuk
memasarkan hasil ternak mereka ke seluruh negara. Ianya sekaligus membantu
penternak-penternak berkembang dan mampu
memajukan lagi ladang ternakan mereka. Syarikat kami telah menggariskan satu
VISI, MISI OBJEKTIF seperti berikut:
VISI
“MEMBANGUN bersama-sama IKS DESA”
Ianya adalah impian syarikat Seven Seas Fire Resources untuk
membangunkan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di desa-desa ke tahap yang
lebih tinggi dengan membantu memasarkan hasil produk mereka. Pada ketika ini, fokus utama syarikat adalah pemasaran ayam kampung hidup / proses dan produk hiliran ayam kampung.
MISI
-
Membangunkan masyarakat luar bandar melalui bidang
penternakan.
- Meluaskan jaringan pemasaran hasil ternak ayam kampung dan
produk hiliran
ayam kampung.
ayam kampung.
- Menyediakan kemudahan-kemudahan untuk memasarkan ayam
kampung dan
produk hiliran ayam kampung.
OBJEKTIF SYARIKAT
produk hiliran ayam kampung.
OBJEKTIF SYARIKAT
- Menawarkan perkhidmatan untuk memasarkan hasil ternak ayam
kampung dan produk hiliran ayam kampung ke seluruh negara.
- Membantu membina jaringan di kalangan penternak-penternak
ayam kampung di seluruh negara.
No comments:
Post a Comment